Fri. Oct 4th, 2024

Syed Saddiq Bakal Tinggalkan Pakatan Harapan?

Saddiq-Muhyiddin
Saddiq-Muhyiddin

Pertemuan Syed Saddiq bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin selama dua jam hari ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi di ruangan media sosial.

Walaupun telah dijelaskan Syed Saddiq bahawa pertemuan tersebut hanyalah perbualan biasa dalam usaha untuk mencapai dwipartisan, kebanyakan dari pengguna media sosial khuatir akan niat sebenar pertemuan tersebut diadakan.

Sesetengah pengguna media sosial pula mempersoalkan kenapa Syed Saddiq bertemu dengan individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi Syed Saddiq.

https://twitter.com/eyemeroll/status/1599691390015143936

Beberapa pengguna media sosial pula membuat spekulasi bahawa ini adalah reaksi Syed Saddiq selepas gagal untuk mendapatkan tempat di dalam kabinet kerajaan baharu walaupun beliau mempunyai pengalaman sebagai Menteri Belia dan Sukan sebelum ini.

Namunbegitu, Syed Saddiq telah menjawab tuduhan-tuduhan terhadap beliau berkenaan pertemuan ini dengan mengingatkan semua bahawa beliau telah cuba untuk membawa semangat dwipartisan di dalam arena politik negara sejak tahun 2018 lagi.

Related Post