Fri. Oct 4th, 2024

Altimet Minta Bayaran RM3.7 Juta untuk Persembahan di PMO

Altimet
Altimet

Penyanyi terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan gelaran Altimet telah meminta bayaran sebanyak 50 Bitcoin (RM3.7 Juta berdasarkan harga pasaran semasa) untuk persembahan lagu Aduh Malaysia di hadapan pejabat Perdana Menteri selepas ditanya di Twitter.

Aduh Malaysia, lagu yang dikaryakan oleh Altimet menarik kontroversi apabila ia digunakan di dalam kempen Pakatan Harapan untuk menyerang penyokong pemimpin Barisan Nasional yang mempunyai kes mahkamah ketika pilihanraya umum berlangsung.

Namunbegitu, selepas Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membuat pakatan untuk membentuk kerajaan, lirik lagu popular tersebut “Hoi hoi ya hoi siapa sokong penyamun?” yang dahulu diguna untuk menyerang Barisan Nasional kini diguna untuk menyerang Altimet dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang dilihat telah melanggar prinsip mereka akibat kerjasama dengan Barisan Nasional.

Penyanyi rap Altimet telah menyertai PKR pada April 2021 dan telah memenangi jawatan Ketua Cabang di Parlimen Ampang pada 9 Julai 2022.

Related Post