Fri. Oct 4th, 2024

Idea Kerajaan Untuk Import Telur Tidak Masuk Akal

Amir-Mydin
Amir-Mydin

Ketua Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin mempersoalkan perancangan kerajaan untuk mengimport telur demi memastikan kestabilan bekalan telur. Persoalan beliau jika bekalan telur tidak mencukupi kenapa negara kita masih mengeksport barangan tersebut ke negara luar?

“Sekiranya bekalan tidak mencukupi, maka kita harus berhenti mengeksport telur ke Singapura dan Hong Kong supaya bekalan telur mencukupi untuk rakyat Malaysia,”

“Jika pihak berkuasa mengatakan kita mengeluarkan telur yang mencukupi untuk pasaran domestik, mana telurnya? Peruncit tidak mempunyai bekalan mencukupi,”

Beliau juga meminta kerajaan untuk menyenaraikan sumber import telur tersebut kerana berdasarkan pemantauan beliau harga telur di dalam negara adalah yang paling murah di rantau ini. Memandangkan telur tidak mempunyai jangka hayat yang lama, hanya telur dari rantau ini sahaja yang berkemungkinan untuk diimport ke negara ini.

“Kerajaan juga harus menyediakan senarai negara sumber telur dan senarai pengeluar yang diluluskan dari negara tersebut,”

Telur mempunyai jangka hayat yang singkat iaitu 21 hari dan tidak boleh dibekukan. Jadi dari aspek logistik, anda perlu mengimportnya dari negara di rantau ini,

“Tetapi harga telur paling rendah di Malaysia. Sedozen telur Gred C berharga RM4.92, tetapi di Thailand, ia bersamaan dengan RM7.42, Singapura (RM12.24), Indonesia (RM6.55), Brunei (RM10.15) dan Vietnam (RM5.78).

“Saya tidak nampak bagaimana telur yang diimport mampu dimiliki rakyat Malaysia,”

Ketua Pengarah Urusan Mydin tersebut mengemukakan solusi paling mudah untuk kerajaan memastikan kestabilan bekalan telur iaitu untuk menarik balik kawalan harga yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.

“Perkara paling mudah dilaksanakan”

“Walaupun pengeluar menaikkan harga telur sebanyak 10 sen setiap satu, ia masih lebih rendah daripada 75 sen bagi setiap telur Omega 3,”

Related Post