Fri. Oct 4th, 2024

Respon Kepada Pelucutan Jawatan Sebagai Ketua Pemuda PBM

Naim Brundage
Naim Brundage

Saya mengambil maklum akan notis penamatan keahlian dan pelucutan jawatan saya sebagai Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia yang telah disebarkan semalam pada tarikh 27hb Disember 2022.

Dengan tujuan untuk menangkis sebarang salah faham oleh khalayak ramai berkenaan pelucutan jawatan ini, perlu saya tegaskan bahawa keputusan saya untuk tidak menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh lembaga disiplin parti telah dibuat selepas membuat pertimbangan yang menyeluruh.

Kehilangan kepercayaan saya kepada kelangsungan dan hala tuju PBM bermula apabila YB Larry Sng selaku Presiden sementara PBM memilih untuk menyokong kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerajaan persekutuan yang jelas telah mengebelakangkan pandangan keseluruhan besar ahli-ahli PBM seluruh negara.

Mengambil kira rekod politik dan tindak-tanduk YB Larry Sng, kepimpinan kerajaan persekutuan telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak melantik beliau sebagai anggota kabinet kerajaan. Kini segenap rakyat Malaysia harus terus memantau kepimpinan kerajaan persekutuan untuk melihat samaada mereka akan tunduk kepada sebarang desakan untuk melantik YB Larry Sng ke dalam mana-mana syarikat milik kerajaan atau mereka akan mempertahankan prinsip urus tadbir negara yang baik.

Saya tamatkan khidmat saya sebagai Ketua Pemuda PBM dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pimpinan dan akar umbi PBM yang telah meletakkan kepercayaan mereka kepada saya selama ini.

Na’im Brundage
Bekas Ketua Pemuda PBM

Related Post