Fri. Oct 4th, 2024

DUA DARJAT DALAM PENJARA: KDN PERLU SEGERA BERI PENJELASAN

Najib Razak
Najib Razak

Semalam, negara dikejutkan dengan pendedahan oleh Wan Ji Wan Hussin, yang baru sahaja menamatkan hukumannya di Penjara Kajang, bahawa Datuk Seri Najib Razak mendapat layanan sangat istimewa di dalam penjara tersebut.


Bekas Perdana Menteri itu dikatakan ditempatkan di sebuah blok istimewa, di mana beliau mendapat layanan Istimewa dan tidak perlu mengenakan baju banduan seperti banduan-banduan yang lain. Pendedahan mengenai layanan istimewa ini menimbulkan persoalan samaada institusi penjara Malaysia mengamalkan prinsip dua darjat, yang jelas bercanggah dengan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Layanan istimewa yang dinikmati oleh segelintir kecil banduan merupakan satu bentuk diskriminasi kepada semua banduan-banduan yang lain dalam negara. Ini sudah pasti akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap prinsip keadilan yang sepatutnya diamalkan oleh kerajaan.


Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia perlu segera tampil memberikan penjelasan dan memastikan bahawa semua banduan dalam negara mendapat layanan yang sama, tanpa sebarang bentuk diskriminasi atau amalan dua darjat.


Na’im Brundage
Ketua Penerangan Armada Bersatu Jasin

Related Post