Fri. Oct 4th, 2024

NA’IM BRUNDAGE SAMAN KERAJAAN KERANA SEKAT AKAUN TIKTOK

Na'im Brundage
Na'im Brundage

Pada 24 Jun 2024, pihak guaman saya telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaysia terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kerajaan Malaysia yang menyekat akaun-akaun TikTok saya.

Tindakan semakan kehakiman ini bukan sahaja bertujuan untuk membatalkan sekatan terhadap akaun-akaun TikTok saya, tetapi juga untuk memastikan SKMM menghentikan sebarang tindakan yang bercanggah dengan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan bersuara ialah hak asasi yang harus dihormati dan dilindungi, dan tindakan pihak berkuasa menyekat suara-suara di media sosial tidak boleh diterima.

Laporan terbaharu daripada TikTok menunjukkan Malaysia sebagai negara yang paling banyak memohon untuk menyekat kandungan menerusi platform tersebut adalah sangat membimbangkan. Ini menunjukkan satu corak tindakan yang menekan kebebasan bersuara di negara ini. Dengan tindakan mahkamah ini, saya berharap semua pengguna media sosial yang juga berhadapan dengan sekatan daripada Kerajaan Malaysia mendapat keadilan yang sewajarnya dan tindakan ini akan menjadi satu peringatan kepada pihak berkuasa untuk menghormati hak-hak yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Saya percaya bahawa kebebasan bersuara adalah asas kepada demokrasi dan perkembangan masyarakat. Sekatan seperti ini hanya akan membantutkan perkembangan tersebut dan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap keadilan dan keterbukaan kerajaan.

Na’im Brundage
Penganalisis Politik

Related Post

One thought on “NA’IM BRUNDAGE SAMAN KERAJAAN KERANA SEKAT AKAUN TIKTOK”

Comments are closed.