Manifesto
Senarai dasar-dasar yang perlu dilaksanakan untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.
Sistem Pilihanraya
- Wakil pembangkang perlu dilantik ke dalam jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya demi memastikan tindakan pengurusan pilihanraya dilaksanakan secara adil.
- Akta Dana Politik untuk memastikan ahli politik dalam negara bersikap telus berkenaan dana politik yang diperolehi mereka.
Alam Sekitar
- Jadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar hijau
Pendidikan
- Pendidikan Tertiari Percuma secara online
Demokrasi
- Jawatan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Ahli Majlis perlu dilantik melalui proses pengundian oleh rakyat.
- Jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu dipilih oleh pengundi Kuala Lumpur dan bukannya dilantik oleh Menteri seperti sediakala.