Fri. Oct 4th, 2024

Anak Zahid Hamidi Dilantik Sebagai Pengerusi Syarikat Awam

Nurulhidayah Ahmad Zahid
Nurulhidayah Ahmad Zahid

Dato’ Nurulhidayah Binti Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri baru sahaja dilantik sebagai pengerusi sebuah syarikat tersenarai awam MQ Technology Berhad pada tarikh 5 Disember 2022.

MQ Technology Berhad adalah syarikat yang terbabit dalam perniagaan perkakasan dan prototaip, yang membangunkan acuan, alatan, jig serta lekapan yang digunakan dalam pembuatan pemacu cakera keras, industri automotif dan perubatan.

Menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Saiful Nizam Bin Mohd Yusoff pula telah dilantik sebagai Presiden Jiankun International Berhad pada hari yang sama.

Jiankun International Berhad adalah sebuah syarikat hartanah yang baru sahaja dilantik sebagai kontraktor utama projek perumahan mampu milik 29 tingkat. Projek perumahan itu meliputi 320 unit pangsapuri serta tujuh unit kedai di tingkat bawah yang dikatakan bernilai sebanyak RM90 Juta.

Kedua-dua syarikat tersebut kini mencuri perhatian dari pelabur memandangkan kepimpinan tertingginya mempunyai hubungan yang rapat bersama kerajaan persekutuan.

Related Post