Fri. Oct 4th, 2024

Senarai Penuh Janji-Janji Pakatan Harapan PRU-15

Pakatan Harapan
Pakatan Harapan

Kos Sara Hidup

1. Hapuskan kartel dalam sektor bahan makanan dan keperluan asas.

2. Bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi.

3. Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dan keperluan asas.

4. Pengurangan 18% kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuk Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).

Keselamatan Makanan

5. Memudahkan petani dan penternak memohon atau memajak tanah untuk tujuan pertanian atau penternakan.

6. Memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor pertanian dan agromakanan.

7. Mengenal pasti beberapa produk pertanian yang berpotensi untuk dimajukan untuk pasaran eksport.

8. Memudahcara pelepasan cukai untuk pelaburan dalam sektor pertanian sama ada syarikat atau petani kecil.

9. Meningkatkan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per tan kepada RM500 per tan.

Membasmi Kemiskinan

10. Penambahan dana untuk Amanah Ikhtiar Malaysia dan Yayasan Usaha Maju bagi membuka peluang golongan rentan menceburi bidang keusahawanan.

11. Meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk membantu mengatasi kos sara hidup.

12. Sarapan percuma untuk semua pelajar di sekolah.

13. Bantuan bulanan untuk setiap keluarga akan diberi mengikut bilangan anak yang berumur di bawah 6 tahun.

14. Mengenal pasti komuniti tersasar dalam semua program pembasmian kemiskinan kerajaan Persekutuan seperti “MySalam” dan “Program Kasih Suri Malaysia”.

15. Mewujudkan rumah mampu milik, mampu sewa, kos rendah dan kos sederhana, serta rumah transit di lokaliti yang perlu.

16. Mewujudkan lebih banyak klinik kesihatan di kawasan padat dan mempunyai insiden kemiskinan tinggi.

17. Perkhidmatan pencegahan penyakit merangkumi saringan rumah ke rumah di pangsapuri kos rendah.

18. Menyediakan ruang selamat sebagai tempat anak-anak di luar waktu persekolahan belajar dan bersosial.

19. Kepolisan masyarakat bermodel Rukun Tetangga akan diamalkan di kawasan perumahan kos rendah dengan peruntukan yang bersesuaian.

Kebajikan Pekerja

20. Pelan dasar gaji minimum yang tersusun bagi mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi.

21. Jaminan keselamatan sosial akan diwujudkan bagi melindungi kebajikan pekerja gig. Ini meliputi penubuhan badan kawal selia, kontrak perjanjian, skim insurans hayat percuma dengan pampasan khairat kematian sebanyak RM10,000 untuk 6 juta pekerja gig.

22. Memperluas elaun khas kepada golongan yang hilang pekerjaan kepada pekerja kontrak selagi mereka masih aktif mencari pekerjaan baharu.

23. Memperkenalkan pendaftaran automatik akaun KWSP tanpa mengira umur, pemerkasaan I-saraan termasuk insentif pemula untuk caruman sukarela kali pertama dan membenarkan caruman pihak ketiga bagi menggalakkan ibu bapa memulakan tabungan untuk anak-anak.

Kediaman

24. Penyediaan rumah mampu milik, mampu sewa, kos rendah dan kos sederhana yang cukup di lokaliti yang memerlukan.

25. Memperbanyakkan skim rent-2-own (sewa untuk beli) untuk rakyat yang ingin membeli dengan cara sewa.

26. Memperbanyakkan rumah transit di kawasan strategik.

27. Memperkenalkan semula dana RM3 bilion untuk menjamin pembiayaan rumah bagi pembeli rumah pertama membeli rumah mampu milik.

28. Untuk penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR), peluang akan diwujudkan untuk mereka memiliki rumah tersebut.

29. Meluaskan peranan tribunal khas perumahan bagi merangkumi kepentingan penyewa.

30. Ambil alih penyelenggaraan pangsapuri kos rendah bagi membantu mewujudkan persekitaran kediaman yang berkualiti dan selamat.

31. Memperluaskan pengecualian duit setem 100% untuk pemilik rumah kali pertama bagi hartanah di bawah RM500,000 agar merangkumi pemilikan unit subjualan.

Ekonomi Belia

32. Memperkenalkan Biasiswa B40 bagi mengurangkan kebergantungan golongan kurang berkemampuan kepada kemudahan pinjaman seperti PTPTN.

33. Memperkenalkan Biasiswa Perintis dan peluang ‘upskilling’ bagi golongan belia yang berminat menceburi bidang ekonomi baharu seperti industri penjagaan.

34. Syarikat penyedia ekonomi gig diberikan insentif khas sekiranya membangunkan kemahiran dan kerjaya pekerja ekonomi gig.

35. Menyediakan dana khusus, skim latihan dan langkah pemudah cara bagi belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan.

TVET

36. Mewujudkan kad belia, pemegang kad akan mendapat faedah promosi dan diskaun di tempat perniagaan terpilih.

37. Menyediakan tiket pada kadar harga tetap (RM199) untuk penerbangan di antara Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya dengan had 2 tiket setahun bagi setiap mahasiswa.

38. Menyediakan rumah transit belia, rumah mampu milik, mampu sewa, kos rendah dan kos sederhana yang mencukupi di lokaliti yang memerlukan.

39. Memperbanyakkan ruangruang awam seperti taman-taman rekreasi, kemudahan sukan awam,

perpustakaan, pusat sumber digital, dan ruang acara (event space) untuk kegunaan anak muda.

40. Menjamin kebebasan untuk aktivisme anak muda serta menggalakkan pertumbuhan badan-badan sosial, kebajikan dan aktiviti intelektual.

41. Membuka akaun “Latihan Kemahiran” (Skills Training Account) untuk pekerja belia yang berusia 18 hingga 30 tahun di bawah HRD Corp dengan RM500 yang boleh digunakan untuk latihan sepanjang umur.

42. Melaksanakan dasar ‘Tiada Diskriminasi, Tiada Penolakan’ untuk semua pendaftaran ke dalam sistem TVET.

43. Menubuhkan badan kuasa berpusat bebas dengan penglibatan Persatuan-persatuan Perdagangan dan Persatuan-persatuan Pengamal untuk menguruskan institusi TVET.

44. Bekerjasama dengan pemain industri yang memberi khidmat dalam sektor berkaitan TVET untuk melatih para pelatih berdasarkan konsep menempat dan melatih(‘Place to Train’).

45. Menggunakan rangka kerja ‘OpenCreds’ untuk memudahkan dan memperkasa pelajar TVET, perantis, pengamal, jurulatih, dan pekerja profesional supaya mereka dapat memperoleh dan mencapai akreditasi akademik setara sarjana muda.

46. Memudahkan program peralihan ‘Sekolah Ke Tempat Kerja’ untuk melahirkan lebih ramai pelajar sekolah terlibat secara terus dengan dunia pekerjaan.

Negara Tua

47. Memprofesionalkan sektor penjagaan supaya ia diberi tahap dan darjat penghormatan yang tidak kurang daripada sektor-sektor kesihatan berkepakaran yang lain seperti kejururawatan, fisioterapi.

48. Pembinaan kapasiti dan latihan untuk mencapai Nisbah Sokongan Penjaga (Caregiver Support Ratio-CgSR) yang setimpal dengan negara tua menjelang 2035.

49. Menginstitusikan bantuan dan elaun penjaga bagi golongan yang terpaksa berhenti kerja kerana diperlukan untuk memenuhi kewajiban menjaga anggota keluarga yang ditimpa musibah.

50. Perkhidmatan Penjagaan Bergerak (Mobile care) – Menggabungkan agenda penjagaan di tempat kediaman (in-situ) bagi golongan yang kehilangan kapasiti.

51. Fasiliti penjagaan sehenti juga akan dijadikan syarat pembangunan mengikut nisbah penduduk sepertimana taman permainan dan tempat ibadat adalah sebahagian daripada syarat perancangan pembangunan.

52. Memperkasakan institusi kekeluargaan dengan menggalakkan melalui insentif kepada keluarga yang berkediaman bersama warga emas.

53. intervensi strategik untuk menyelaraskan kerjasama antara agensi dan institusi perkhidmatan kesihatan awam primer, penjaga sukarelawan, penjaga lapangan bertauliah, pihak berkuasa tempatan dan NGO.

Kanak-Kanak

54. Setiap bayi yang baru lahir akan diberikan manfaat tunai yang akan didepositkan secara bulanan ke dalam akaun ibu bapa sehingga mereka berumur 6 tahun.

55. Membuat pindaan terhadap Perkara 15(2) bagi menjamin kerakyatan bagi kanak-kanak yang lahir di Malaysia kepada salah seorang ibu atau bapa warga Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

 56. Pindaan juga akan dilakukan terhadap undangundang untuk membolehkan kewarganegaraan automatik diberikan kepada anak angkat.

57. Penubuhan Jabatan atau Agensi Kanak-kanak akan mengawal selia ancaman yang wujud dan memastikan kesejahteraan kanak-kanak dipelihara.

58. Mempercepat penambahan 1,500 pelindung kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memastikan nisbah ideal seorang pegawai untuk 30 kanak-kanak dapat direalisasikan segera.

59. Penstrukturan Semula Pendidikan Awal Kanak-kanak.

60. Penubuhan Jawatankuasa Hak Kanak-kanak Di Peringkat Mahkamah Sivil Dan Syariah.

61. Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Kanak-kanak 2025.

Wanita & Keluarga

62. Setiap Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Parlimen akan dipastikan memiliki aspek keterangkuman gender yang lebih membina.

63. Mewujudkan sistem pengumpulan data merentas Kementerian dan Agensi untuk memastikan integrasi data berlaku melibatkan maklumat mengenai wanita dan kanak-kanak.

64. subsidi penjagaan kanakkanak akan diberikan kepada wanita bekerja dari golongan B40 dan juga

M40.

65. Meminda Perkara 14(1)(b) dalam Perlembagaan Persekutuan agar ibu warga Malaysia yang melahirkan anak di luar negara dapat menurunkan kewarganegaraan Malaysia kepada anak mereka seperti kaum bapa.

66. Pemberian tuala wanita dan tampon secara percuma di sekolah rendah dan menengah di semua sekolah di Malaysia dan tuala wanita dan tampon percuma kepada wanita B40 di lokasi-lokasi strategik.

67. Memastikan hak wanita dan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan, Institusi Kehakiman Syariah akan diperkasa segi kesarjanaan dan pengurusan pentadbiran yang lebih efisien.

68. Meneruskan Pelan Strategi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Kanak-kanak 2025.

Usia Emas

69. Penyediaan skim-skim yang mesra kepada warga di usia emas. Ianya merangkumi baucer Jom Shopping bernilai RM100, Khairat Kematian bernilai RM1,000 dan Jom Travel yang menyediakan pengangkutan bas percuma.

70. Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi golongan warga emas.

71. Menggubal Akta Warga Emas dan menekan kepentingan Dasar Penuaan Aktif (Active Aging Policy).

72. Mengiktiraf tanggungjawab penjagaan warga emas setaraf dengan piawaian antarabangsa serta memperuntukkan elaun khas bagi golongan ‘caretaker’ dan insentif kewangan bagi keluarga M40 dan B40 yang menjaga ahli keluarga dari golongan warga emas.

73. Mewajibkan penubuhan pusat aktiviti warga emas atau pusat harian warga emas dalam pelan rancangan tempatan dan pelan pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan.

74. Insentif pelepasan cukai serta bantuan kewangan bagi majikan yang melatih dan mengambil golongan warga emas untuk bekerja.

75. Kewarganegaraan Malaysia secara automatik bagi golongan warga emas (60 tahun) yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang berstatus warganegara Malaysia.

76. Penubuhan Agensi/Jabatan Warga Emas yang akan memberikan lebih perhatian dalam menjaga kebajikan dan menangani permasalahan berkaitan warga emas.

77. Penstrukturan semula PERKESO untuk memasukkan Skim Perlindungan Warga Emas sebagai jaringan keselamatan.

Orang Kurang Upaya

78. Penubuhan Jabatan/Agensi OKU.

79. Lantikan Pesuruhjaya OKU Dalam SUHAKAM.

80. Meningkatkan penyediaan kemudahan dan pengangkutan awam yang mesra OKU dan memastikan projek pembangunan menepati rekabentuk sejagat (Universal Design).

81. Peruntukan Pendidikan Khas OKU.

Memerangi Rasuah

82. Pencalonan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dwipartisan.

83. Pengisytiharan aset telah pun menjadi satu amalan pasca PRU14. HARAPAN berhasrat meneruskan amalan ini bagi semua menteri, Ahli Parlimen, Penjawat Awam Kanan, Pengerusi GLC serta semua pasangan dan ahli keluarga terdekat yang berumur 18 tahun ke atas.

84. memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan mengehadkan penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) kecuali terhadap perkara yang berpotensi menggugat keselamatan negara.

85. Kementerian Kewangan harus mempunyai senarai harga bekalan yang dikemas kini setiap 6 bulan. Bagi projek-projek, sistem RFP dan tender terbuka akan dilaksanakan.

86. Meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bagi membolehkan pemberi maklumat mendedahkan penyelewengan secara terus ke media.

87. Menghidupkan semula usaha untuk menubuhkan Majlis Media dan meminda Akta Mesin Cetak. Majlis Media Malaysia berperanan sebagai hala tuju utama untuk mengawal selia industri media.

88. Mewujudkan sistem ‘ombudsman’ bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam termasuk pihak berkuasa.

Integriti Institusi

89. mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri, Menteri Besar, dan Ketua Menteri kepada maksimum 10 tahun.

90. Memisahkan jawatan dan peranan Pendakwa Raya daripada Peguam Negara untuk mengukuhkan kebebasan pendakwa raya.

91. Pencalonan bagi lantikan Pendakwa Raya, jawatan-jawatan utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya, dan Ketua Polis Negara perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang terdiri daripada ahli pelbagai parti.  Jaminan jawatan akan diberikan kepada individu-individu yang dilantik supaya tempoh perkhidmatan mereka tidak ditamat secara sewenang-wenangnya oleh Perdana Menteri.

92. Mewujudkan Akta Penggal Tetap Parlimen bagi memastikan pembubaran Parlimen dan DUN hanya dilakukan apabila penggalnya tamat bagi mengurangkan ketidaktentuan politik ini.

Sistem Demokrasi

93. Mengembalikan kebebasan Parlimen Malaysia dengan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan menambahbaik sistem Jawatankuasa Parlimen.

94. Menubuhkan Pejabat Belanjawan Parlimen (PBO) yang menyediakan khidmat bebas secara objektif kepada semua ahli parlimen merentasi parti berkenaan anggaran implikasi kewangan, atau kos, dasar dan cadangan dasar mereka.

95. Memperkenalkan Akta Pendanaan Politik bagi membendung gejala politik wang dan penyelewengan dana seperti 1MDB dan skandal SRC.

96. menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama rata kepada semua wakil rakyat parlimen tanpa mengira parti kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di kawasan itu.

97. Menyelesaikan ketidakseimbangan saiz pengundian yang melampau dengan melaksanakan had sisihan sebanyak 30% daripada purata saiz populasi mengundi kawasan pilihan raya.

98. Memperluas hak mengundi kepada pengundi luar kawasan terutama diaspora Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia serta mereka yang bekerja atau belajar di wilayah Sabah dan Sarawak, dan sebaliknya.

Kebebasan Media

99. Menyemak semula dan memansuhkan peruntukan akta-akta zalim yang boleh disalahguna untuk menyekat kebebasan bersuara antaranya Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

100. Menghidupkan semula usaha untuk menubuhkan sebuah Majlis Media (Media Council), yang dianggotai oleh tokoh-tokoh media sendiri, bagi melindungi kebebasan media dan kebajikan pengamal media.

101. Meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bagi membolehkan pemberi maklumat mendedahkan penyelewengan secara terus ke media.

102. Memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat dan mengehadkan penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) kecuali terhadap perkara yang boleh menggugat keselamatan negara.

Kesihatan

103. Beralih daripada penjagaan pesakit atau “sick care” kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan (healthcare & wellness) termasuk menangani penentu sosial untuk kesihatan, seperti kemiskinan dan

menyediakan pendidikan kesihatan dan akses kesihatan yang saksama kepada semua.

104. Meningkatkan Belanjawan Kesihatan Awam kepada 5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) dalam masa 5 tahun

105. Memberi tumpuan khusus untuk menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Diseases) dengan memberikan tumpuan kepada penjagaan primer, saringan kesihatan, pendidikan, kesejahteraan, kesihatan awam dan pengurangan tabiat yang membahayakan kesihatan

termasuk merokok.

106. Menubuhkan Suruhanjaya Kesihatan yang akan merangka dan memantau pelaksanaan “Pelan Reformasi Kesihatan Negara” bersama Unit Perancangan Ekonomi (EPU), MOF, Kementerian Kesihatan Malaysia dan MOE untuk menangani isu-isu sistemik termasuk pembiayaan penjagaan kesihatan (healthcare financing), desentralisasi kuasa, kerjasama awam dan swasta (PPP) dan lain-lain.

107. Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk mengukuhkan pengurusan

sumber manusia, perjawatan, latihan dan perkembangan kerjaya para petugas kesihatan.

108. Reformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan negara meliputi pengurangan tempoh menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pemodenan fasiliti kesihatan dan mewujudkan waktu operasi yang fleksibel di klinik kesihatan berpopulasi tinggi.

109. Hospital kerajaan beroperasi mengikut syif berbanding mengikut waktu kerja biasa sepertimana amalan di beberapa negara.

110. Meluaskan program perlindungan mySalam kepada golongan M40.

111. Mengembangkan Program PeKaB40 Kepada M40.

112. Memberi tumpuan khusus kepada agenda negara menua (ageing nation).

113. Menyegerakan pindaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk tidak lagi menjadikan percubaan membunuh diri sebagai satu perbuatan jenayah.

114. Memberikan lebih perhatian untuk meningkatkan penjagaan kesihatan mental secara holistik termasuk meluaskan liputan skim insurans kepada merangkumi perlindungan dalam isu kesihatan mental.

Internet

115. Hapuskan Kemiskinan Internet.

116. Pertumbuhan Industri Pusat Data.

Pengangkutan Awam

117. Menyediakan 10,000 buah bas bagi seluruh kawasan bandar di Malaysia dengan 7,000 darinya beroperasi di Lembah Klang.

118. memperkenalkan had tambang sehingga RM5 sehari bagi menggalakkan lebih ramai pengguna pengangkutan awam.

119. membantu dalam regularisasi dan legalisasi mobiliti mikro seperti e-scooter dan e-bicycle bagi memastikan tersedianya first and last mile connection yang tidak diliputi oleh mana-mana mod pengangkutan awam.

120. bekerjasama dengan penyedia perkongsian perjalanan seperti Grab, untuk menawarkan baucer pengangkutan ke stesen transit.

121. Meluaskan mod pembayaran kepada kad debit dan e-wallet dari mod sedia ada iaitu Touch ‘n Go.

Pendidikan

122. Menambah peruntukan program sarapan percuma sedia ada bagi golongan yang memerlukan.

123. Pasca-Pandemik, Menurunkan Kadar ‘Lost Generation’.

124. Kurangkan Sekolah Daif.

125. Peruntukan yang mencukupi akan dipertimbangkan untuk melantik pembantu pengajar yang sesuai

untuk membantu para guru melaksanakan tugas pentadbiran mereka.

126. Program Silang Budaya.

127. peruntukan yang adil akan disalurkan kepada semua sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Berasrama Penuh,

Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh, Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat & Sekolah Agama Persendirian, Sekolah Pondok yang berdaftar, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).

128. Keupayaan mengajar bahasa etnik di Institut Pendidikan Guru (IPG) akan diperluas.

129. Meneruskan usaha untuk mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Pendidikan Tinggi

130. AUKU akan dimansuhkan dan pemegang taruh dalam hal tadbir urus akan dikembalikan semula kepada pelajar, pensyarah dan alumni.

131. Program Pemansuhan Hutang bersasar khas kepada golongan miskin dan isi rumah B40 akan diperkenalkan. Jadual pembayaran semula PTPTN pula akan dilaksana berasaskan gaji bagi graduan baharu bermula RM4,000 dengan peratusan meningkat mengikut gaji.

132. lebih banyak biasiswa akan diperkenalkan mencakupi golongan B40 untuk mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN.

133. Memastikan semua pelajar SPM & STPM yang cemerlang berpeluang ke IPTA.

Ketahanan Bencana

134. Mengutamakan rancangan infrastruktur saliran dan tebatan banjir serta pembangunan lestari.

135. Skim Perlindungan Bencana Nasional, bayaran bantuan mengikut nilai kerugian sehingga RM50,000 untuk setiap rumah yang terkesan dari bencana.

136. Menyemak semula struktur dan memperkukuh operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

137. Menyelaras dan merangka pelan kesiapsiagaan banjir dan bencana menyeluruh.

Alam Sekitar

138. Menggubal Akta Perubahan Iklim yang menetapkan sasaran pelepasan karbon dan liputan hutan menjelang 2040.

139. Memanfaatkan mekanisme Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) dengan menambahkan peruntukan dana pembiayaan hutan sekurangkurangnya RM1 bilion kepada kerajaan negeri.

140. Meningkatkan peratusan Kawasan Perlindungan Marin kepada 30 peratus menjelang 2030.

141. Menggubal Akta Jerebu Rentas Sempadan dan memperkasa kerangka kerjasama antara negara jiran serantau.

Ekonomi Madani

142. Meningkatkan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui untuk mencapai sasaran 50 peratus daripada campuran jumlah bekalan tenaga utama (TPES) negara.

143. Mendorong projek hijau dan memastikan 20% daripada 10,500 premis awam untuk diperuntukkan bagi projek pemasangan tenaga cekap dan tenaga boleh diperbaharui.

Perindustrian

144. Mempermudah proses perniagaan dan perdagangan dengan mengurangkan kerenah birokrasi melalui fasilitasi berterusan oleh agensi-agensi kerajaan seperti MIDA, MATRADE, SME Corp, MPC, MIDF

dan sebagainya.

145. Memperkenalkan lebih banyak dana strategik yang mengukuhkan kapasiti syarikat milik Malaysia untuk melibatkan diri dalam pelaburan langsung domestik.

146. Menyediakan lebih banyak insentif eksport untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa.

147. Mewarta Zon Perdagangan Bebas di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), POIC Lahad Datu dan Sandakan serta Taman Perindustrian Minyak & Gas Sipitang (SOGIP) bagi menarik pelaburan di wilayah Sabah.

148. Menaik taraf infrastruktur asas di semua taman perindustrian termasuk air, elektrik, sistem pembentungan dan jalan perhubungan.

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

149. Menangani kekurangan buruh dengan memperkemas proses pengambilan pekerja asing.

150. Menubuhkan Pusat Pendigitalan Sehenti untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana memohon insentif pendigitalan.

151. Menyediakan insentif atau geran bagi penyelesaian produktiviti khusus untuk PMKS dalam meningkatkan produktiviti buruh dan kecekapan penggunaan modal.

152. Meningkatkan peruntukan untuk pembiayaan modal teroka (VC) secara berkala.

Ekonomi Sukan

153. Menaiktaraf kompleks sukan terpilih untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi latihan sukan berprestasi tinggi.

154. Memanfaatkan Keunikan Ekosistem e-sukan.

155. Memperkemas dan mendigitalkan proses permohonan visa bagi atlet sukan antarabangsa dan atlet e-sukan selain memberikan sokongan kepada kejohanan-kejohanan e-sukan.

156. Mempersiapkan atlet termasuk e-sukan yang berpotensi dengan pengetahuan dan kemahiran insani.

157. Memudahkan akses rakyat kepada kemudahan dan infrastruktur sukan agar budaya sukan dapat diterjemahkan sebagai realiti.

158. Membuka ruang dan peluang kepada bakat sukan di peringkat akar umbi untuk menyertai sukan secara lebih terbuka.

159. Memeterai kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi melaksanakan program latihan kemahiran dan kerjaya.

Industri Kreatif

160. Dasar industri Kreatif Negara ini akan dirangka secara menyeluruh bagi memperkasa seni muzik, filem dan seni kreatif lain dengan mencerminkan kepelbagaian seni dan budaya masyarakat kita termasuk etnik-etnik di Sabah dan Sarawak.

161. Menjadikan Malaysia sebagai hub penggambaran filem yang memberi impak positif.

162. memastikan kebajikan penggiat dan pemain industri kreatif dalam jangka masa panjang, sistem jaringan keselamatan sosial untuk golongan ini akan diperkukuh.

163. Menubuhkan badan bebas, profesional, telus dan bertanggungjawab bagi ahli industri, artis dan masyarakat sivil yang berkelayakan.

164. Meminda sistem pelesenan dan rangka kerja undang-undang untuk mengurangkan beban yang tidak sepatutnya ke atas penggiat seni tempatan.

165. Sejumlah dana akan diperuntukkan sebagai dana latihan budaya di sekolah.

Kesejahteraan Rakyat

166. Menyelesaikan masalah tiada kewarganegaraan masyarakat India (stateless Indians) dan masyarakat lain, yang akan diselaraskan melalui satu jawatankuasa khas di bawah JPM.

167. Bantuan tunai kanak-kanak setiap bulan dari lahir hingga umur 6 tahun untuk mengatasi isu kekurangan nutrisi.

168. Menangani segala bentuk halangan diskriminasi terutamanya dalam sektor pendidikan, di tempat kerja dan dalam hal penyewaan kediaman.

169. Meningkatkan akses kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan penempatan untuk latihan berasaskan kemahiran (TVET) untuk belia.

170. Menyemak semula unit pembangunan sosioekonomi seperti MITRA dan memperkenal Dana khas “Makkal Malarchi” untuk pembangunan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Orang Asal

171. Menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi komuniti ini khususnya pekerja ladang dan bekas pekerja ladang dan perkampungan Orang Asli yang kehilangan tempat tinggal.

172. Bantuan bagi meningkatkan penyertaan dalam perniagaan, pertanian dan penternakan. Inisiatif termasuk penyediaan skim kredit mikro dan skim sokongan pendanaan, latihan, sokongan konsultasi pentadbiran dan kawal selia dengan kuota minimum 40% untuk golongan wanita dan OKU.

173. Mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of InquiryRCI) untuk menyiasat salah guna kuasa dan rasuah bagi dana-dana yang dikhaskan untuk pembangunan sosio-ekonomi seperti Maika Holdings, MIED, SEED, SEDIC, NAAM, Penjana Kerja dan MITRA, dan seterusnya akan memastikan semua pesalah laku dibawa ke muka pengadilan.

174. Membela martabat Orang Asal dan memperkukuh hak tanah adat (native customary rights to land) dengan meminda undang-undang dan dasar yang berkaitan.

175. Menubuhkan satu Tribunal Tanah (Land Tribunal) untuk mengendalikan pertikaian Hak Tanah Adat.

176. Mempercepatkan proses penyerahan geran tanah kepada Orang Asal yang layak memiliki, dan pengiktirafan hak pegangan tanah adat. Memastikan rakyat memperoleh Geran Tanah menerusi Program Khas Perkhidmatan Negeri Sabah (PANTAS), dengan peruntukan sebanyak RM100 juta setiap tahun sehingga masalah diselesaikan.

177. Memperkasa dan memperjuang autonomi dan kebebasan Mahkamah Anak Negeri Sabah dengan mewujudkan Jabatan Kehakiman Anak Negeri.

178. Menerima pakai prinsip Izin Maklum Awal Bebas dan Telus (Free, Prior and Informed Consent) dalam rancangan pembangunan kerajaan yang melibatkan wilayah Orang Asal.

Pembangunan Wilayah Sabah & Sarawak

179. Menubuhkan Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara melibatkan agensi yang beroperasi secara autonomi bagi wilayah Sabah, Sarawak, dan Semenanjung.

180. Timbalan Perdana Menteri Sabah Dan Sarawak.

181. Meluaskan liputan perkhidmatan perubatan pakar seperti Unit Jantung dan Unit Kanser ke hospital-hospital umum di kawasan berkepadatan tinggi.

182. Dua Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) baru akan dibina di Sabah & Sarawak dan integrasi pendidikan TVET akan diperkasa.

Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963

183. Melaksanakan seperti yang dimaksudkan sebanyak 40% hasil wilayah Sabah dipulangkan berdasarkan formula asal Perkara 112C dan Subseksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal Sarawak, kajian semula hendaklah dibuat seperti yang tertakluk di bawah Perkara 112D Seksyen 3, iaitu setiap lima tahun.

184. Mengembalikan kuasa melantik Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak kepada Tuan Yang Terutama (TYT) kedua-dua wilayah seperti yang dimaksudkan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

185. Memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan kesemua 12 dokumen terutamanya IGC dihormati dan mana-mana perkara yang telah bercanggah dengan niat asal perjanjian akan dilaksana seperti yang dimaksudkan.

186. Memastikan 35% perwakilan Parlimen adalah dari Wilayah Sabah dan Sarawak.

Desentralisasi Kuasa Wilayah Sabah & Sarawak

187. Memperkasa peranan Kerajaan Wilayah dalam bidang Pendidikan dan Kesihatan menerusi pindaan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

188. Menyerahkan urus tadbir Sabah Electricity Sdn. Bhd mengikut terma yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

189. Memperkasa institusi akar umbi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung menerusi proses pendemokrasian dan saluran peruntukan terus daripada kerajaan persekutuan.

190. Polisi Borneonisasi iaitu 70% dalam perjawatan semua agensi pusat dan negeri untuk anak-anak Sabah dan Sarawak yang layak, terutamanya peringkat atasan.

Ekonomi Wilayah Sabah & Sarawak

191. Menaik taraf pelabuhan POIC Lahad Datu dan pelabuhan Sepanggar, serta membina pelabuhan Kudat.

192. Mewarta Zon Perdagangan Bebas di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), POIC Lahad Datu dan Taman Perindustrian Minyak & Gas Sipitang (SOGIP).

193. Kerajaan Persekutuan memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah infrastruktur asas di semua taman perindustrian di Sabah melibatkan air, elektrik, sistem pembentungan dan jalan perhubungan.

194. Melengkapkan lapangan terbang utama dengan fasiliti penyimpanan sejuk, fasiliti Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) pesawat dan sebuah taman perindustrian aeroangkasa.

Demokrasi, Ketelusan, dan Keterlibatan

195. Memberikan rakyat platform untuk menggalakkan keterlibatan orang awam di semua peringkat melalui platform yang konsisten dan terbuka.

196. Berusaha Ke Arah Demokrasi Berperwakilan Di DBKL.

Pendigitalan Kerajaan

197. Akses kepada keseluruhan pentadbiran melalui telefon pintar. Usaha perlu digembleng untuk semua perkhidmatan kaunter (JPJ, Imigresen dan lain-lain) agar rakyat boleh mendapat perkhidmatan kerajaan yang mudah tanpa perlu beratur panjang.

198. Menyelaras SOP perkhidmatan awam yang bertindih atau berlebihan dengan matlamat mengurangkan beban tugas penjawat awam.

Keselamatan

199. Penubuhan Agensi Tunggal dan Penggunaan Data Raya (Big Data) dan Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) dalam isu kawal selia sempadan.

200. Program pemodenan pertahanan mengikut keperluan Angkatan Tentera dengan berpandukan Kertas Putih Pertahanan.

201. Membangunkan pelan keupayaan bersama (tri-service) yang disahkan oleh kerajaan dengan pelan pembiayaan jangka panjang bersesuaian bagi memastikan wujudnya kesinambungan antara tentera darat, laut dan udara dalam berhadapan dengan ancaman pihak luar.

202. Menggubal Akta Perolehan Kerajaan dan merombak Proses Perolehan Pertahanan untuk melindungi daripada ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa yang kerap berlaku dalam perolehan dan penyelenggaraan aset pertahanan.

203. Membentuk Jawatankuasa Dwipartisan Parlimen untuk mengkaji isu kebajikan anggota keselamatan, dan peluang pekerjaan pasca perkhidmatan bagi melindungi kebajikan anggota veteran.

204. Menyemak dasar sedia ada berhubung dengan sumber manusia dan mewujudkan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) bagi memastikan jumlah anggota pertahanan sentiasa mencukupi bagi melindungi kedaulatan negara.

205. Menggubal Dasar Industri Pertahanan Negara (NDIP) yang akan menjadi garis panduan untuk membangunkan sains, teknologi dan industri pertahanan negara.

206. Memperkukuh peranan dan mempertingkat keupayaan aset agensi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi keselamatan perairan Timur Sabah.

207. Menjamin keselamatan data peribadi rakyat dari ketirisan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) dan memperkemas sistem penguatkuasaan bagi membendung aktiviti jenayah seperti aktiviti penipuan (scam).

208. Meningkatkan pertahanan sempadan negara daripada pencerobohan, penyeludupan dan pemerdagangan manusia dengan menilai keperluan aset dan menambah keanggotaan unit keselamatan.

209. Memperkasa IPCC selaras dengan saranan Laporan Dzaiddin yang merangkumi aspek pembangunan sumber manusia dalam badan kepolisan, struktur organisasi dan saranan penambahbaikan dan modernisasi PDRM.

Hubungan Antarabangsa

210. Memposisikan Malaysia sebagai kuasa pertengahan yang dapat memainkan peranan lebih besar dalam mencorak landskap geopolitik serantau dan global.

211. mempromosikan ASEAN sebagai blok perdagangan utama dunia dan kerjasama serantau serta memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara anggota ASEAN yang penting.

Related Post