Sat. Nov 23rd, 2024

SKMM: PENYIASAT, PENDAKWA, DAN HAKIM?

SKMM
SKMM

Baru-baru ini, terdapat pelbagai laporan yang menyatakan SKMM telah menyekat video dan akaun media sosial yang kritikal terhadap kerajaan. Tindakan-tindakan tersebut kemudian dipertahankan oleh SKMM sebagai langkah untuk menjaga keharmonian negara, dengan merujuk kepada kuasa yang diperuntukkan kepada suruhanjaya tersebut melalui Akta Komunikasi dan Multimedia.

Namun, selepas pemeriksaan yang teliti terhadap Akta tersebut kita dapati bahawa tiada sebarang kuasa yang telah diperuntukkan kepada SKMM untuk menutup sebarang akaun media sosial tanpa melalui proses perundangan yang sah. Keadaan ini menimbulkan persoalan serius mengenai peranan dan kuasa SKMM, yang berkemungkinan telah bertindak sebagai penyiasat, pendakwa, dan hakim bagi kes-kes ini.

Demi memastikan SKMM bertindak secara adil, suruhanjaya tersebut harus diletakkan di bawah pengawasan yang bebas daripada pengaruh badan eksekutif. Tanpa pengawasan yang teliti dari pihak yang bebas daripada pengaruh politik, terdapat risiko yang besar SKMM akan berfungsi sebagai alat pemerintah dan bukan sebagai sebuah badan yang objektif dan adil.

Insiden SKMM mengekang hak kebebasan bersuara ini boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat dan memperkuatkan persepsi bahawa SKMM adalah alat bagi pemerintah untuk menindas suara kritik dan pihak pembangkang. Oleh itu, tindakan harus diambil segera untuk memelihara integriti dan kepercayaan rakyat terhadap SKMM sebagai sebuah institusi.

Na’im Brundage
Ketua Penerangan Armada Bersatu Jasin

Related Post