Fri. Oct 4th, 2024

Syarikat-Syarikat Media Sosial Tolak Pelan Perlesenan Media Sosial

Organisasi Asia Internet Coalition (AIC) yang mewakili syarikat-syarikat teknologi terbesar dunia seperti Meta, LinkedIn, Apple, Amazon, Google, dan X telah menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyatakan tentangan mereka terhadap pelan kerajaan untuk melesenkan platform-platform media sosial.

Berdasarkan surat terbuka tersebut AIC menyataan bahawa perlesenan platform media sosial ini akan memberi kesan yang negatif kepada inovasi dan akan menjejaskan pelaburan kerana kerumitan dan kos yang terlibat.

Surat terbuka ini jelas bercanggah dengan kenyataan Menteri Komunikasi Yb Fahmi Fadzil sebelum ini yang mendakwa bahawa platform-platform media sosial sedia untuk dilesenkan.

Sebelum ini Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa kerajaan akan tutup platform media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet yang tidak berlesen pada 1 Januari 2025.

Keengganan syarikat-syarikat teknologi yang diwakili oleh AIC untuk dilesenkan mungkin akan menyebabkan platform-platform media sosial seperti Facebook, X, dan LinkedIn ditutup di negara ini.

Related Post