Fri. Oct 4th, 2024

Zahid Hamidi Salah Guna Jet Kerajaan?

Zahid Hamidi
Zahid Hamidi

Pelbagai spekulasi telah tercetus apabila baru-baru ini portal berita rasmi kerajaan BERNAMA mengeluarkan sebuah video yang memaparkan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi keluar daripada salah sebuah jet dimiliki kerajaan untuk menyertai sebuah majlis makan malam bersama komponen Barisan Nasional Sabah.

Masyarakat umum maklum akan bahawa penggunaan jet kerajaan hanyalah boleh digunapakai untuk tujuan rasmi kerajaan kerana ianya melibatkan kos yang amat tinggi sekali. Oleh itu, penggunaan jet kerajaan untuk menghadiri program politik seharusnya dielakkan oleh semua pemimpin-pemimpin utama kerajaan.

Tatkala rakyat Malaysia sedang bergelumang dengan kesempitan hidup akibat harga barang yang kian meningkat, seharusnya pimpinan utama negara lebih cakna akan tindakan membazir wang cukai rakyat dengan penggunaan jet kerajaan tanpa keperluan yang mustahak.

Sehingga hari ini, Timbalan Perdana Menteri masih membisu akan persoalan-persoalan oleh rakyat kebanyakan berkenaan tuduhan beliau menyalahgunakan aset kerajaan tersebut.

Related Post